Mesyuarat dijalankan dengan kehadiran kesemua 10 anggota Exco yang mengangkat sumpah jawatan dan menerima watikah lantikan di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Khamis lalu. 

Mereka termasuklah Satiful Bahri Mamat, Dr. Alias Razak, Mohd. Nor Hamzah, Dr. Azman Ibrahim, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar, Ariffin Deraman, Hanafiah Mat di samping Wan Sukairi Wan Abdullah, Dr. Mamad Puteh dan Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman. 

Yang hadir sama, Pegawai Kewangan negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid. 

Selepas mesyuarat berkenaan, beliau dijangka mengumumkan mengenai portfolio bagi kesemua 10 Exco kerajaan negeri di samping berkait dengan pelaksanaan janji dalam manifesto. - UTUSAN ONLINE