Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ahmad Faiz terima komputer riba daripada Ahmad Razif

LAPTOP RAZIF
AHMAD RAZIF (dua dari kiri) menyampaikan komputer riba kepada Ahmad Faiz dalam Majlis Penyampaian Hadiah Minggu Sukan Seberang Takir ‘Cikgu Razif Bersama Komuniti’ di Dataran Permata, Seberang Takir di sini.- AZLAN BAHRUM/UTUSAN

KUALA TERENGGANU 9 Sept. - Pelajar kalangan orang kurang upaya (OKU) yang mencatat pencapaian luar biasa dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016, Ahmad Faiz Ibrahim, 19, hari ini menerima komputer riba sumbangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Pemberian kepada pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu dilakukan dalam program Minggu Sukan Seberang Takir ‘Cikgu Razif Bersama Komuniti’ di Dataran Permata, Seberang Takir di sini.


Turut menemaninya ialah ayah dan ibunya, Ibrahim Yunus dan Zarina Mohd. Kasim.


Hadiah tersebut bagi memudahkan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Usuluddin itu yang berasal dari Kelantan mengikuti pengajian secara atas talian di rumah tanpa perlu sentiasa ke kelas.


Kementerian Pendidikan Tinggi memberi keistimewaan kepada Ahmad Faiz yang menunjukkan keupayaan fizikal yang amat terbatas tidak melemahkannya untuk mencapai kecemerlangan.


Sehubungan itu, menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh meminta UniSZA memperkasakan platform pembelajaran dalam talian atau Massive Open Online Courses (MOOC).-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain