Penganjur program, Mat Yazit Deraman yang bersara dengan pangkat Sub Inspektor berkata, Majlis Silaturahim Pesara Polis Daerah Kemaman itu diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama bekas anggota di samping berbincang mengenai hal-hal membabitkan kebajikan mereka.

Katanya, idea itu timbul ke­rana ramai dalam kalangan bekas anggota yang tidak menge­tahui cara memohon bantuan sekiranya ditimpa musibah.

“Tidak semua bekas anggota polis mendapat bayaran pencen yang tinggi terutama mereka bersara pada tahun 70-an ke bawah. Gaji pada ketika itu amat rendah berbanding sekarang. Dengan kos sara hidup yang kian meningkat jadi, kita terpanggil untuk menganjurkan majlis ini bagi bertukar-tukar pendapat.

“Kita turut mencadangkan untuk menubuhkan persatuan pesara polis Terengganu yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bagi memperjuangkan nasib bekas anggota polis dan keluarga,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut di sini.

Mat Yazit berkata, penubuhan persatuan pesara polis Terengganu itu diharap dapat membantu menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi golongan berkenaan.