Pengerusi Jawatankluasa  Kesihatan, Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat negeri , Roslee Daud berkata, statistik itu mnunjukkan gejala
yang agak membimbangkan.

 Menurut beliau, kes berkaitan melibatkan penderaan fizikal, mental, seksual, sosial dan ekonomi hingga menyebabkan mangsa mengalami trauma.

“Pada tahun lalu, sebanyak 302 kes dilaporkan berbanding 255 kes pada tahun 2015. Statistik  berkenaan
menunjukkan kes meningkat.

"Namun ini juga membuktikan tahap kesedaran masyarakat mengenai akta keganasan rumah tangga telah turut meningkat,’’ katanya selepas merasmikan
Seminar Literasi Undang-undang (LUU) dan Wanita Anti Jenayah (WAJA) di UiTM Cawangan Kuala Terengganu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri,  Saharuddin  Mohd Kia dan Penolong Rektor UiTM Cawangan Kuala
Terengganu, Dr. Ibrahim Jusoh.

Beliau berkata, ia juga adalah hasil kerja keras jabatab dan agensi kerajaan melalui pelbagai kempen kesedaran agar sesiapa yang menjadi mangsa atau
menyedari gejala itu berlaku agar tidak mendiamkan diri.

 Dalaman program tersebut, selebriti Farhin Ahmad yang juga Jurucakap Hentikan Jenayah Seksual Kanak-kanak turut dijemput untuk menyertai sesi
forum Penghormatan Untuk Wanita: Berani Berubah.

 Turut sama dalam forum itu termasuklah Pegawai Turus Kepolisian Am Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis  negeri,  ASP Maizura Abdul Kadir dan
Penysarah Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Cawangan Terengganu, Prof. Madya Dr. Che Zuina Ismail.-UTUSAN ONLINE