Ketua Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu), Ir. Atemin Sulong dalam kenyataannya hari ini berkata, gangguan itu berlaku akibat kebocoran paip di dasar sungai berhampiran sehingga memberi kesan kepada 7,000 buah rumah.

Beliau memberitahu, sebahagian besar kawasan terlibat mengalami tekanan rendah manakala sebahagian lagi tiada bekalan air selain kualiti air turut terjejas menjadi keruh dan kekuningan.

“Sebagai tindakan penyelesaian, kita melakukan penghantaran air melalui lori tangki ke kawasan kritikal selain penempatan tangki statik di kawasan terjejas.

“Untuk keterangan lanjut, pengguna boleh menghubungi petugas kami di Careline Satu 1-300-882-111 atau Pejabat Satu Hulu Terengganu 09-6811214,” katanya.

Kawasan-kawasan terlibat ialah Pekan Ajil, Kampung Jak, Kampung Temala Hilir, Kampung Bukit Apit, Kampung Kemat, Kampung Lubuk Parit, Bukit Parit, Bukit Mustaja, Tanjung Putat, Peneh, Gemuruh, Menerong dan Cheting.

Begitu juga Felcra Betong, Felcra Matang, Felcra Tersat, Felda Mengkawang, Kawasan Perindustrian Ajil, Bukit Perpat, Batu 18, Batu 22, Pasir Telata, Lubuk Periuk, Tok Randok, Batu 24, Kuala Menjing, Paya Besar dan Sekayu.

Lain-lain ialah PAKR Ajil, Gunung, Padang Setar, Tok Gebok, Jalan Dato Amar, Kua, Taman Setia, Merbau Pulas, Tanam Kirana, Jangok Setar, PAKR Sungai Pertam, Marchang, Taman Perdana, Felcra Pasir Pelata, Pengkalan Ajal, Cerang Nibong, Belukar Bukit, Bukit Beruang, Pelandan, Kemat, Lebak, Bukit Ara, Panggung dan Kolam. - UTUSAN ONLINE