Mereka yang menerima ijazah dan diploma itu merupakan graduan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Sains Komputer, Sains Sosial dan Sains Kejururawatan.

Penyampaian disempurnakan oleh Pro Canselor UCB,Tan Sri Alimuddin Mohd Dom pada sesi pagi manakala petang pula disampaikan oleh Pro Canselor, Datuk Wan Ismail Wan Yusof.

Yang turut hadir pada konvokesyen itu ialah Pengerusi Pengelola UCB, Datuk Tengku Mahmud Mansor dan Naib Canselor, Prof. Dr. Abdul Aziz Yusof.

Lebih 1,000 anggota keluarga graduan turut berkongsi kegembiraan dalam majlis yang menjadi simbolik kepada langkahan baharu dalam kehidupan. - UTUSAN ONLINE