Syarikat minyak dan gas bersepadu yang merupakan kontraktor kepada Petronas itu meneruskan kempen yang dirintis di Sabah pada 2013, buat tahun kedua di negeri ini dengan tumpuan di daerah ini dan Kemaman.

Pengurus Telaga dan Penggerudian Repsol Malaysia, Fadzalisham Ahmad Sabki memberitahu, program tersebut merupakan merupakan kesinambungan usaha syarikat dalam pengisian yang berasaskan keselamatan yang menjadi keutamaan dalam segenap fasa operasi.

“Kempen ini direka sebagai satu landasan untuk penyebaran mesej-mesej keselamatan yang tertumpu kepada isu-isu dan ancaman keselamatan diri di rumah, di sekolah dan di persekitaran awam.

“Langkah itu diharap dapat membantu murid-murid kerana mereka merupakan kumpulan sasaran yang memerlukan bimbingan dan pendedahan awal tentang keselamatan diri,”ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Kempen Keselamatan Bersama Pelajar Sekolah Rendah Daerah Kuala Nerusdi Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir.

Perasmian disempurnakan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan negeri, Azahar Abu Bakar.

Yanng turut hadhir, Pegawai Trafik Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, Inspektor Farah Idris; Staff Muda Hishamuddin Abdullah daripada Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kuala Terengganu dan Pegawai Bomba Tinggi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Daerah Kuala Terengganu, Zainal Azmi. - UTUSAN ONLINE