Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, sebanyak 350 unit kediaman sedang dalam pembinaan di kawasan berhampiran pantai Batu Rakit dekat sini.

Beliau memberitahu, selebihnya akan dibina di enam lagi lokasi merangkumi Pulau Besar di Kuala Nerus, Wakaf Tapai dan Bukit Payong (Marang), Kijal dan Kerteh (Kemaman) dan Besut.

Jelas beliau, sebanyak 560 buah akan dibina di Pulau Besar, Wakaf Tapai (482 buah), Bukit Payong (500 buah), Kijal (856 buah), Kerteh (462 buah) dan Besut (523 buah).

“Untuk projek PR1MA di pantai Batu Rakit ini, buat masa ini ia sudah 42 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya Jun tahun depan,” katanya.

Raja Kamarul Bahrin menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas meninjau tapak bina PR1MA berhampiran pantai Batu Rakit dekat sini hari ini. Yang turut hadir Naib Presiden Kanan Pengurusan Komuniti dan Fasiliti PR1MA, Zarulakmar Abd. Aziz. - UTUSAN ONLINE