Zulkarnain Mohd Omar
ZULKARNAIN MOHD OMAR

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Ma­ritim Malaysia Wi­la­yah Timur, Lak­­sa­­mana Pertama Maritim Datuk Zulkarnain Mohd. Omar berkata, langkah itu bagi me­nyampaikan mesej kepada komuniti maritim tempatan dan antarabangsa bahawa kerajaan serius dalam soal keselamatan perairan negara dengan tidak berkompromi.

ketika bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau memberitahu bahawa, gejala yang akan terus dibendung itu masih berterusan dengan tujuh lagi bot ditahan sejak awal tahun ini.

“Sehingga kini masih terdapat 21 buah bot nelayan asing yang ditempatkan di jeti Pangkalan Maritim Kemaman se­mentara menunggu pro­ses perbicaraan selesai, sebelum dilucut hak untuk dilupuskan,” ujarnya.

Terdahulu beliau memberitahu, sebuah lagi bot nelayan asing yang disita oleh pihaknya telah dilupuskan sebagai tukun tiruan di perairan daerah ini hari ini.

Bot berkenaan yang perta­ma dilupuskan tahun ini di­teng­gelamkan di lokasi kira-kira enam batu nautika dari Pulau Ular.

Katanya, kesemua bot yang masih ada akan dilupuskan mengikut kaedah itu secara berperingkat-peringkat bagi membantu mewujudkan peranti pemuliharaan biodiversiti marin.

“Diharap dengan pelupusan bot menjadi tukun tiruan ini dapat menambahkan lagi populasi ikan di perairan tersebut, sete­rusnya dapat membantu mening­katkan hasil tangkapan nelayan tempatan,” ujar beliau.

Tambah beliau, dengan pelupusan bot-bot ini juga dapat mengurangkan kesesakan ketara di jeti Pangkalan Maritim Kemaman yang mempunyai tempat yang terhad.