Mereka terdiri daripada tujuh buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Zainal Abidin Ladang, SMA Khairiah, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, SM Imtiaz Kuala Terengganu, SM Imtiaz Kuala Nerus dan Institut Al-Quran Terengganu (IQT).


Program dimulakan dengan tazkirah oleh penceramah, Shahari Anuar Ahmad diikuti majlis bacaan al-Quran itu.


Pengarah PPAT, Marzialina Mohd. berkata, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan pihaknya menjangkakan jumlah penyertaan pada tahun ini meningkat berbanding tahun lalu.


Katanya, tahun lalu, Terengganu merupakan antara negeri tertinggi dari segi penyertaan.-UTUSAN ONLINE