Program anjuran Pertubuhan Karyawan Kreatif Darul Iman (Karyawan) akan turut disertai wakil-wakil Angkatan Pertahanan Awam Terengganu, Pendaki Everest Terengganu dan Kelab Eksplorasi Terengganu.


Ekspedisi itu akan diketuai Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Terengganu Leftenan Kol (PA) Che Adam A Rahman, dan mereka dijangka mulai mendaki gunung setinggi 3,487 meter itu pada 3 Oktober.


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang menyambut baik langkah itu berkata, program yang dirintis juga dapat mengeratkan hubungan antara kerajaan negeri dengan pihak pentadbiran Sulawesi menerusi penglibatan bersama bagi menjayakannya.


“Secara tidak langsung ia juga dapat meningkatkan sektor pelancongan Terengganu dengan wilayah Sulawesi Selatan,”katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan pelepasan Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2017 di Dataran Batu Buruk, di sini pagi ini.


Sementara itu, Che Adam berkata, kumpulan pendaki akan turut melaksanakan gerak kerja kemasyarakatan di Desa Karangan yang terletak di kaki gunung berkenaan dengan menyalurkan bantuan barangan keperluan harian kepada penduduk yang memerlukan. 


“Ia sebagai tanda prihatin daripada kumpulan pendaki kepada masyarakat desa Karangan yang menjadi sebahagian nadi yang membangunkan kawasan pergunungan berkenaan,” katanya. - UTUSAN ONLINE