Mereka terdiri daripada 125 pelatih Program Latihan Kemahiran Belia dan lima pelatih Program Latihan Kemahiran Personel Binaan.

Dalam majlis itu, seramai 15 pelatih belia dan lima personel binaan yang cemerlang dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) manakala 31 tenaga pengajar pula menerima Sijil Kompetensi Certificate IV Training & Assessment Australia.

Penyampaian sijil kepada pelatih disempurnakan oleh Pengerusi Perindustrian dan Perdagangan negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Yang hadir sama, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali; Pengurus Besar Kanan Sektor Pembangunan Personel & Kontraktor CIDB, Mohd. Nazli Ahmad Mahyadin; Ketua Eksekutif CIDB Holdings, Sr. Abdul Latif Hitam; Ketua Pegawai Operasi ABM Wilayah Timur, Maliki Endut dan Pengarah CIDB Terengganu, Annis Othman.

Terdahulu, Tengku Putera dan Rosnah turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dengan CIDB MyIBS Sdn. Bhd. bagi pelaksanaan sistem pembinaan berindustri (IBS) dan pembangunan modal insan di samping CIDB Malaysia dengan SIPCO Sdn. Bhd. dan CWORKS Technologies Sdn. Bhd. - UTUSAN ONLINE