Program yang sekali gus menyemai impian mereka sejak kecil bagi melaksanakan ibadat itu kelak, diadakan serentak di di Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini dan di Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman.

Pengarah program, Wan Najmiyah Wan Yussof berkata, program di sini menghimpunkan sejumlah 927 kanak-kanak dari 35 tadika di enam daerah di negeri ini iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Marang, Setiu dan Besut.

“Di Kemaman pula membabitkan 504 penyertaan dari 19 tadika dan taska swasta di daerah itu dan Dungun. Program dilakukan di dua lokasi ekoran permintaan yang jauh lebih tinggi berbanding 1,017 kanak-kanak tahun lalu,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita ketika ditemui dalam Program Simulasi Haji Cilik 2017 di Masjid UniSZA di sini hari ini.

Program dengan kerjasama 60 sukarelawan melibatkan kalangan pelajar bidang Pengajian Islam (Syariah) dan Perubatan UniSZA turut dihadiri Timbalan Pengarah Pusat Islam UniSZA, Dr. Anas. Mohd Yunus.

Program separuh hri ini dimulakan dengan simulasi di beberapa check point termasuk semasa ketibaan di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, wukuf di Arafah, mabit di Muzdalifah, melontar jamrah, saie, tahallul dan korban.

Menurut Wan Najimiyah, program ini tentunya turut membantu memudahkan kanak-kanak jika berpeluang mengerjakan haji bersama keluarga di samping mengeratkan hubungan kalangan pengusaha tadika di seluruh negeri.-UTUSAN ONLINE