Bermula di Kota Putera Square, pelepasan kayuhan sejauh 34 kilometer itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Nawi Mohamad.

Program antara lain bertujuan memperluaskan aktiviti berbasikal dalam kalangan masyarakat

sebagai suatu kegiatan riadah ke arah membudyakan gaya hidup cergas.

Yang Dipertua MDB, Rashid Jusoh berkata, selain itu dapat memperkenalkan beberapa lokasi menarik di daerah ini kepada pengunjung luar.

“Juga bagi menyemai kecintaan masyarakat terhadap keindahan persekitaran danbersama menjaga kebersihan,” ujarnya.

Hadiah bernilai RM58,000 termasuk untuk cabutan bertuah disediakan kepada pemenang dan peserta yang bernasib baik.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa; ADUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan Pegawai Daerah Besut, Ismail Suhaimi Omar. - UTUSAN ONLINE