Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, usaha itu akan digerakkan oleh Jabatan Pelancongan Negeri, dan beliau meminta pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Rahman agar penubuhannya disegerakan.

“Seni budaya pelbagai kaum bukan sahaja penting untuk menarik lebih ramai pelancong tetapi juga sebagai untuk pendedahan kepada generasi baharu sebagai pewaris,” katanya selepas merasmikan Festival Per­arakan Darat Mazu di Kampung Cina, di sini semalam yang memperlihatkan warisan silam masyarakat Cina.

Sementara itu, Tun Ahmad Faisal berkata, pihaknya akanmengadakan satu bengkel tidak lama lagi dengan menghimpunkan penggiat dan pencinta seni budaya bagi mendapatkan pandangan mereka bagi menyusun strukur yayasan itu.

Katanya, melalui penubuhan yayasan itu kelak, martabat segala aspek kesenian akan cuba dipertingkatkan termasuk kualiti persembahan agar benar-benar menjadi tarikan.

“Dalam masa sama juga perhatian akan diberikan terhadap pembelaan nasib mereka dalam kelompok ‘seniman rakyat’ ini yang banyak memberi sumba­ngan kepada negeri,” katanya.

Menurut beliau, selain mengatur atau menyelaraskan persembahan bagi program khusus, Menteri Besar me­minta agar yayasan turut berperanan mendokumentasikan segala aspek seni budaya tempatan sebagai suatu khazanah sejarah.

“Gerak kerja yayasan ini akan turut didokong melalui sumbangan syarikat-syarikat berkait dengan kerajaan dan juga syarikat swasta, selain peruntukan kerajaan,” katanya.

Katanya, Menteri Besar mahukan penonjolan seni budaya diberikan keutamaan kerana selama ini, fokus lebih terarah kepada penyediaan prasarana dan promosi dalam aspek produk berkait dengan alam.

“Sedangkan resam kehidupan masyarakat yang turut dijelmakan dalam pelbagai kegiatan mempunyai tarikan yang seimbang, namun tidak begitu diberikan perhatian,” katanya.