Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Terengganu akan lancar Tabung Kemanusiaan Rohingya

KUALA TERENGGANU 13 Sept. -Kerajaaan negeri akan melancarkan Tabung Kemanusiaan Rohingya tidak lama lagi bagi membantu etnik minoriti Islam berkenaan yang berdepan dengan kesengsaraan akibat penindasan yang kian memuncak di Myanmar.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, tabung berkenaan akan menjadi salah satu saluran kepada rakyat negeri ini untuk menyumbang sebagai tanda simpati yang mendalam.

Sehubungan itu juga katanya, skuad Sukarelawan TTB (Transformasi Terengganu Baharu), sedia untuk digerakkan  untuk menjalankan misi kemanusiaan bagi membantu mereka yang kini menjadi pelarian.

"Kita bersedia untuk  untuk melakukan bantuan kemanusiaan ke Bangladesh secepat mungkin sekiranya mendapat kebenaran pihak berkenaaan termasuk Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra)," katanya kepada pemberita. di sini hari ini.

 Beliau ditemui dalam Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Diri Pelajar-Pelajar Tajaan Yayasan Trengganu Program Saintis Islam dan Program Berkembar Ke United Kingdom di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain