Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Terengganu akan jejak intelektual, profesional kalangan huffaz.

Terengganu akan jejak intelektual, profesional kalangan huffaz.
PENGARAH Jabatan Penyiaran Negeri Terengganu (RTM), Nordin Sulaiman (Dua dari kiri) menerima tajaan sebanyak RM 10,000 dari wakil Syarikat Zaman Ais Kiub Sdn Bhd, Azizul Hasan (kiri) sambil di saksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib selepas melancarkan Program Tokoh Islam Minggu Ini (Tismi) di Auditorium RTM Bukit Pak Apil di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA TERENGGANU 6 Mac - Kerajaan negeri bercadang mewujudkan satu program khas untuk menjejak para intelektual dan profesional anak negeri terutama kalangan huffaz bagi berkongsi kisah kejayaan mereka agar dapat memberi inspirasi kepada seluruh masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, inisiatif itu bagi membolehkan mereka ditampilkan sebagai ikon dalam bidang pendidikan yang diberikan keutamaan tertinggi oleh kerajaan negeri selama ini.

“Seperti kita maklum, asas penubuhan rangkaian Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu adalah untuk melahirkan `generasi ulul albab’ dan Alhamdulillah hasrat tersebut berjaya direalisasikan tetapi di mana kesemua golongan intelektual huffaz itu?

“Jadi saya lihat dengan adanya program khas ini maka, kita dapat menyebarluaskan kisah kejayaan mereka di samping mentarbiah rakyat dan mendidik golongan remaja ke arah pembentukan nilai serta jati diri yang dituntut oleh agama,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersana Warga Radio Televisyen Malaysia (RTM) Terengganu dan pelancaran rancangan Tokoh Islam Minggu Ini (Tismi) di Auditorium RTM di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ghazali menyambut baik usaha mewujudkan program ilmiah seperti Tismi di saluran radio Terengganu FM kerana paparan mengenai tokoh-tokoh Islam itu secara tidak langsung dapat

dijadikan panduan hidup oleh pendengar.

Katanya, penceritaan secara kreatif dengan lakonan memikat, disulami muzik latar yang menarik mampu menjadikan Tismi sebagai program radio yang popular di kalangan pendengar di negeri ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain