Pelantikan Mhd. Amin sebagai Datuk Bandar ke-11 itu dilihat amat tepat kerana beliau mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan tem­patan dan pengurusan perbandaran.

Tempoh selama 37 tahun berkhidmat di Dewan Ban­daraya Kuala Lumpur (DBKL) ternyata banyak membantu-nya untuk melaksanakan tugas mencabar itu.

Siapakah calon sesuai sebagai pengganti beliau terus menjadi tanda tanya. Terdapat desas-desus bahawa sudah ada beberapa nama dise-narai pendek untuk memikul tanggungjawab tersebut.

Ini termasuk kalangan pe­gawai tertinggi agensi itu sendiri.

Bagaimanapun menurut sumber, perkhidmatan Mhd Amin Nordin akan dilanjutkan untuk satu tempoh yang belum di­tentukan atas keperluan per­­khidmatan dan pengalaman beliau.

Penulis berharap, tempoh pelanjutan kontrak perkhid­matan itu mampu memberi ruang dan peluang mencukupi kepada beliau untuk terus memberi khidmat bakti yang terbaik dan berkualiti terutama kepada warga kota.

Ini termasuk isu pemilikan ke­­diaman sendiri kalangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana, isu kerosakan jalan raya, kebersihan dan banjir kilat.

Jawatan Datuk Bandar ibarat ‘kerusi panas’ kerana tanggungjawab dan cabaran yang perlu dipikul dalam menguruskan ibu negara.

Datuk Bandar bukan sahaja seorang individu yang berintegriti dalam melaksanakan tugas, tetapi juga perlu sedia mendengar suara hati warga kota di pelbagai pe­ringkat.

Sebagai pentadbir pihak berkuasa tempatan terbesar, DBKL mempunyai tanggungjawab paling besar di Kuala Lumpur dan segalanya dipikul di bahu Datuk Bandar.

Misi menjadikan Kuala Lumpur bandar raya selesa dan sesuai dihuni tidak dapat dicapai dengan sekadar ‘berjanji kosong, tanpa mengotakan’.