Menurut pengarah teater itu, Dr. Rosdeen Suboh, teater tersebut merupakan produk yang digarap daripada himpunan lagu-lagu terbaik cerita watak Ujang yang popular sekitar tahun 80-an.

“Idea cerita ini adalah dikembangkan daripada watak Milah dalam lagu ‘Apo Kono Eh Jang’. Ujang dan Milah adalah simbol watak pemuda dan pemudi Minang Negeri Sembilan justeru elemen sinografi masyarakat Minang Negeri Sembilan adalah dasar yang membentuk persembahan ini,” katanya dalam ke-nyataannya di sini, hari ini.

Program itu adalah anjuran Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Pusat Kebudayaan Universiti Malaya dan JKKN Negeri Sembilan.

Katanya, pementasan teater itu pernah dipersembahkan di Panggung Eksperimen Universiti Malaya pada 25 hingga 27 Mac lalu.

Sementara itu, Pengarah JKKN Negeri Sembilan, Mohd. Radzi Omar menyeru masyarakat di negeri ini untuk datang menonton pementasan tersebut.

Beliau berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin dijangka hadir sebagai tetamu kehormat pada 7 Oktober.

Mereka yang berminat menonton pementasan teater itu diminta mendapatkan pas ma-suk percuma di Kompleks JKKN Negeri Sembilan atau hubungi talian 06-7676793/06-7636308 (JKKN NS) atau 03-79673 454/­7705 (PKUM).

Untuk maklumat boleh juga mengunjungi laman sosial de­ngan ‘like’ Facebook JKKN.