Ketua Pegawai Eksekutif PICC, Datuk Badlishah Ahmad berkata, teater itu yang akan dipentaskan selama tiga tahun di PICC merupakan usaha pihaknya untuk memperkenalkan seni persembahan di Putrajaya dan bertujuan menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke negara ini.

“Fantasy Rainforest adalah satu teater muzikal bertemakan alam semulajadi yang merupakan usaha kami untuk memupuk kesedaran orang ramai menghargai dan menjaga alam sekitar.

“Teater ini sesuai ditonton oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan usia,” katanya dalam sidang akhbar majlis pra pelancaran teater berkenaan di sini baru-baru ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kuala Se­langor, Datuk Irmohizam Ibrahim merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Menurut Badlishah, teater yang berlangsung selama 60 minit itu akan dipentaskan di Dewan Putra A PICC dengan dibahagikan kepada dua sesi iaitu pada pukul 2 dan 6 petang pada setiap hari dengan menyasarkan 500 penonton untuk satu sesi persembahan.

Katanya, pementasan teater yang diusahakan oleh PICC bersama Mahligai Masyhur Sdn. Bhd. itu me­libatkan 55 tenaga kerja dengan ke­semuanya adalah terdiri dalam kalangan anak-anak muda tempatan.

“Ekoran usaha ini, Dewan Putra A yang sebelum ini hanya dewan biasa telah diubahsuai dengan susunan kerusi seperti dalam panggung wayang bagi memberikan keselesaan kepada penonton me­nyaksikan persembahan teater ini.

“Kita berharap usaha ini mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan masyarakat khususnya pelancong asing dalam usaha me­ngangkat industri pelancongan tanah air khususnya di Putrajaya,” katanya.

Tiket-tiket bagi menyaksikan Teater Fantasy Rainforest boleh didapati dengan harga RM200 untuk kerusi VIP, RM120 (standard) dan RM60 bagi kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut dan urusan pembelian tiket, boleh layari laman web www.fantasyrainforest.com atau facebook.com/fantasyrainforest selain menghubungi nombor telefon, 0388876000.

Ketua Pegawai Eksekutif PICC, Datuk Badlishah Ahmad

katanya dalam sidang akhbar majlis pra pelancaran teater berkenaan di sini baru-baru ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).