Sayap pelaburan negeri, Terengganu Inc. Sdn. Bhd. menerima dividen sebanyak RM4.603 juta manakala Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu  (LTAWNT) sebanyak RM106,736 sementara Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn. Bhd. RM14,272.

TDM Berhad juga menyerahkan sebanyak RM2.04 juta kepada LTAWNT  dan RM249,277 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebagai bayaran keuntungan hasil perkongsian usahasama.  

Kedua-dua agensi ini masing-masing mempunyai tanah ladang kelapa sawit seluas 1,336 dan 756 hektar yang dibangunkan TDM Berhad melalui perjanjian usahasama semenjak tahun 1996 dan 1997.

Pengarah Urusan Kumpulan TDM,  Datuk Mohamat Muda menyerahkan bayaran tersebut kepada wakil-wakil pihak berkaitan yang disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Wisma Darul Iman hari ini.

 Yang turut hadhir Pengerusi TDM Berhad, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri  dan barisan Exco Kerajaan negeri.

 Menurut Mohamat, pembayaran ini dibuat berdasarkan kepada peningkatan hasil pendapatan Kumpulan TDM Berhad sebanyak RM428.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 (FY2016), 13 peratus peningkatan berbanding jumlah tahun sebelumnya sebanyak RM380.8 juta.-UTUSAN ONLINE