Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Kecemerlangan yang diharap­kan bu­kan sekadar bersandarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi ju­ga melakukan dengan penuh tanggungjawab dan kejujuran dalam persekitaran yang positif, dan meransangkan.

Ia menuntut kepada kepe­ribadian yang unggul dan TDM Berhad, anak syarikat kerajaaan negeri yang membawa misi besar bagi negeri negeri dan rakyat di bawah pengurusan baharunya memberi perhatian dalam soal itu.

Syarikat yang menerajui sektor perladangan dan perkhidmatan kesihatan itu baru-baru ini mengadakan Program Bersama Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Kuala Terengganu Specialist (KTS) Hospital, di sini baru-baru ini.

Program yang bercorak siri cetusan kesedaraan ini yang mengupas Hijrah Ke Arah Kepe­ribadian Unggul disertai oleh 200 orang kakintangan TDM.

Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Datuk Mohamat Muda berkata, program sebegini julung kali diadakan bagi memperlengkapkan diri ke arah kepe­ribadian unggul dan cemerlang untuk mencapai visi dan misi Model Transformasi TDM (TTB).

Katanya, keperibadian unggul adalah asas yang perlu diambil kira dalam mengemudi syarikat ke arah kecemerlangan perniagaan yang dijalankan TDM.

“Ini kerana mempunyai keperibadian unggul bererti kita telah bersiap sedia memperoleh kejayaan. InsyaAllah dengan '36 Entry Point Projects' yang dibawa oleh Model TTB akan dapat direalisasikan pada 2022,” katanya.