Undang Luak Johol, Datuk Johan Lela Perkasa Setiawan Datuk Muhammed Abdullah berkata, masalah itu perlu ditangani de­ngan berkesan melalui pelbagai kaedah seperti pertanian dan penternakan.

“Kita sedia maklum bahawa DUN Johol diwartakan sebagai hab pertanian dan memerlukan projek berskala besar yang mampu menjana ekonomi penduduk.

“Justeru, langkah yang diambil oleh Koperasi Warisan Johol Negeri Sembilan Berhad untuk menghasilkan baka biri-biri kacukan wajar dipuji,” katanya selepas Majlis Kunjungan Kasih Mencemar Kaus Undang Luak Johol di Ladang Ternak Lembah Sumo, Kampung Dusun Besar, Melekai, dekat sini baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Koperasi Wawasan Johol, Mohd. Nasir Samat.

Menurut Muhammed, usahasama koperasi berkenaan dengan Semosa Sdn. Bhd. telah dilaksanakan untuk menghasilkan projek ternakan bebiri kacukan dikenali sebagai Sumo di Kampung Dusun Besar, Melekai dekat Johol di sini.

Sementara itu, Mohd. Nasir mem­beritahu, kawasan ternakan seluas 41 hektar itu mula dibangunkan pada 2011 dan kini mempunyai 600 ekor bebiri baka Sumo.

Katanya, Sumo adalah hasil kacukan bebiri Dorper dari Australia dengan baka tempatan.

“Selain itu, kita juga mempunyai 300 ekor bebiri tempatan, 15 ekor lembu susu baka New Jersy dan 10 ekor kerbau,” katanya.

Tambahnya, koperasi itu turut dibantu oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan dengan membekalkan sebanyak 100 ekor bebiri betina.