Terdapat lebih 70 pelajar di sekolah tersebut yang belajar di lima kelas, iaitu tahun satu hingga lima hanya dikendalikan dua orang guru.

Menerusi pemerhatian saya, agak sukar bagi seorang guru yang memangku tugas guru besar bersama seorang lagi guru Kelas Fardu Ain (KAFA) untuk mengajar serta menangani jumlah pelajar yang agak ramai dalam satu masa.

Sedikit sebanyak proses pe­ngajaran dan pembelajaran akan terjejas apabila kelas tahun satu hingga tiga dijalankan serentak bermula pada pukul 2 hingga pukul 3.30 petang.

Secara logiknya, memang se­suatu yang mustahil dua orang guru boleh mengajar dalam tiga kelas berasingan pada satu-satu masa.

Selain tugas mengajar, salah seorang guru tersebut dibebankan lagi dengan tugas memang­ku tugas guru besar yang mela­kukan kerja-kerja pentadbiran sekolah.

Situasi tersebut sudah tentu menjejaskan prestasi guru dan yang menjadi mangsa adalah murid-murid yang menimba ilmu.

Sebagai bapa kepada dua orang murid di sekolah tersebut, saya berharap pihak pentadbiran sekolah agama di daerah Segamat mahupun negeri untuk mengambil tindakan segera mengatasi masalah tersebut.

Saya bimbang jika situasi itu berterusan, harapan ibu bapa yang ingin melihat kecemerlangan anak-anak mereka tidak kesampaian hanya kerana kegagalan pihak berwajib menempatkan jumlah guru yang mencukupi.

PAK MOHD.

Rumah Rakyat Labis Segamat