Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan Kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu Ketua  Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Yang Dipertua Dewan Negara Datuk S A Vigneswaran dan Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif turut hadir pada istiadat tersebut.
Ini merupakan penggal kedua Taib dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Pada 1 Mac 2014, Abdul Taib mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh setelah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Feb 2014.- LAGI