Md. Jais Sarday

Pengerusi Jawatankuasa Peru­ma­han dan Kerajaan Tempatan ne­geri, Datuk Md. Jais Sarday berkata, dua syarikat asing dari China dan Jerman berminat mela­bur bagi membina insine­rator Waste To Wealth yang kini dalam proses perbincangan.

Katanya, pusat pelupusan yang akan dibina atas tanah seluas 46 hektar menelan kos seba­nyak RM59 juta itu dan dijangka tidak dapat dibina dalam masa terdekat.

“Di tapak pelupusan sampah yang akan dibina itu, pihak kontraktor turut merancang menyediakan kemudahan insinerator bagi pelan jangka panjang merawat sisa pepejal tersebut.

“Oleh itu, kontraktor digalakkan menjalinkan kerjasama dengan syarikat dari China dan Jerman yang berkeupayaan meng­aplikasikan kaedah insinerator Waste To Wealth. Satu syarikat mampu menjana tenaga elektrik manakala satu lagi dapat menghasilkan bahan bakar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar di sini hari ini ketika menjawab soalan Lau Chin Hoon (BN-Pemanis) berhubung perancangan jangka panjang kerajaan negeri me­ngenai kapasiti pusat pelupusan sampah di negeri ini.

Md. Jais berkata, kemudahan insinerator yang dirancang akan dibina pada masa akan datang dilihat mampu mengatasi masalah kekurangan tapak pelupusan sampah di negeri ini.

Katanya, menurut kajian yang dijalankan Jabatan Pengurusan Pepejal Negara, kadar purata penghasilan sisa pepejal per kapita bagi penduduk Semenanjung Malaysia adalah sebanyak 800 gram setiap hari.

“Lawatan yang dilakukan di tapak pelupusan di Bukit Payung mendapati laluan masuk ke kawasan berkenaan tidak melalui kawasan kampung serta diuruskan dengan baik. Jadi, tidak timbul isu mengakibatkan bau busuk dan menjejaskan keselesaan penduduk setempat.

“Sehingga kini, kita mempu­nyai 11 tapak pelupusan di negeri ini. Selepas ini, hanya tiga sahaja akan beroperasi iaitu di Seelong, Kulai; Bukit Payung dan di Mersing,” katanya.