Ammar Kevin Eu.
Ammar Kevin Eu.

Ini merupakan kali pertama hotel berkenaan mengadakan penyampaian bubur lambuk di masjid berbanding sebelum ini ia diadakan di hotel tersebut atau di lokasi luar.

Pengurus Besar Hotel Swiss Garden Melaka, Ammar Kevin Eu berkata, sebanyak 15 kakitangan hotel terlibat mengedarkan bubur lambuk kepada umat Islam di empat pintu masuk masjid.

“Sejumlah kira-kira RM5,000 diperuntukkan untuk program ini yang diadakan bagi menghayati kesucian bulan Ramadan dan pihak hotel berasakan lokasi masjid adalah paling sesuai,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian bubur lambuk tersebut.

Menurut Ammar, pihaknya akan meneruskan usaha seperti itu pada masa akan datang dan berharap ia dapat memberi manfaat kepada umat Islam yang terlibat. - UTUSAN ONLINE