Ahli kumpulan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Faiz Paeh berkata, tindakan mereka memasang Jalur Gemilang gergasi itu hanya untuk menunjukkan semangat patriotik anak muda menyambut Hari Malaysia yang disambut pada Sabtu lalu.

Menurutnya, mereka memasang Jalur Gemilang hanya kira-kira 10 minit untuk rakaman video dan membukanya semula sebelum turun dari kawasan papan tanda yang terletak di kawasan bukit.

"Saya dan beberapa orang kawan lagi naik ke papan tanda IPOH selepas solat Jumaat. Niat kami memasang Jalur Gemilang hanyalah untuk meraikan sambut Hari Malaysia pada keesokkannya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Rakaman video berdurasi 60 saat aksi kumpulan tersebut memasang Jalur Gemilang di papan tanda perkataan IPOH tular di laman sosial hari ini.

Faiz Paeh mengakui dia merupakan antara kumpulan remaja yang memanjat papan tanda perkataan ‘IPOH’ di Jalan Kuala Kangsar di sini pada Januari lalu. - UTUSAN ONLINE