Mengikut laporan infobanjir.water.gov.my, setakat pukul 7 petang hari ini, paras Sungai Golok berada pada bacaan 9.10 meter, melepasi paras amarannya iaitu sembilan meter.

Selain itu, Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang turut melebihi paras amaran pada 57.39 meter, manakala Sungai Galas di Dabong, Kuala Krai (33.23) dan Sungai Kelantan di Kuala Krai (20.61) mencecah paras waspada. - UTUSAN ONLINE