Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

sumbangan alat tulis UPSR

JHR_170912 SUMBANG UPSRGM1M dan Belia Sahabat Tebrau menyumbangkan
JHR_170912 SUMBANG UPSRGM1M dan Belia Sahabat Tebrau menyumbangkan alat-alat tulis kepada calon UPSR 2017 di SK Kampung Maju Jaya, Pasir Gudang, Johor, baru-baru ini.

Guru Muda 1Malaysia (GM1M) Pasir Gudang dan Belia Sahabat Tebrau menyumbangkan alat-alat tulis kepada 336 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 di tiga buah sekolah di daerah ini baru-baru ini.

Sumbangan alat tulis tersebut yang mendapat kerjasama Gemilang Emas Construction dan Omar Tebrau Enterprise bertujuan membantu masyarakat menerusi agenda pendidikan dan kebajikan.

Alat tulis berkenaan diserahkan kepada 111 calon UPSR di Sekolah Kebangsaan (SK) Maju Jaya, 186 calon di SK Cahaya Baru dan 39 calon di SK Taman Johor Jaya 5.

Pemberian tersebut juga diharapkan dapat memberikan motivasi kepada calon-calon UPSR dalam menduduki peperiksaan itu dengan cemerlang dan berjaya.

AHLI GM1M dan Belia Sahabat Tebrau bersama murid-murid dari tiga sekolah ketika menyumbangkan alat tulis kepada calon UPSR 2017 di SK Kampung Maju Jaya, Pasir Gudang, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain