Keberangkatan baginda diiringi oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P. Kamalanathan.

Baginda menyaksikan enam peserta berpidato dalam pertandingan akhir untuk peringkat menengah atas yang dijalankan serentak bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Penganjuran pertandingan itu yang terbuka kepada semua pelajar di negeri ini bertujuan menimbulkan kefahaman secara menyeluruh mengenai peranan institusi diraja di negara ini. - UTUSAN ONLINE