Turut hadir Tunku Panglima Johor ,Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim.

Dalam majlis tersebut, Sultan Ibrahim menerima sumbangan RM5,000 daripada pihak kuil kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor. 

Baginda turut menyampaikan cek sumbangan pihak kuil kepada dua badan kebajikan serta barangan kelengkapan sekolah kepada 10 kanak-kanak kurang bernasib baik.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Dr. S. Ramakrishnan serta Pengerusi Kuil Arulmigu Thendayuthapani Kovil, Dr. Vatemalee Challaiah. - UTUSAN ONLINE