Program berkenaan diadakan sempena Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 yang masuk hari kedua hari ini.

Sultan Ibrahim yang tiba kira-kira pukul 12 tengah hari diiringi Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan anakanda baginda.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir Hasni Mohammad; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Seri Jebasingam Issace John dan Pegawai Daerah Mersing, Ashari Kasnan.

Pusat itu yang dibina dengan kos RM12 juta menyediakan sebanyak 50 ruang niaga kepada penduduk  tempatan termasuk para peserta program Empower ECERDC.

Selain itu, pusat tersebut mempunyai tempat letak kereta, kaunter informasi pelancongan, dewan pameran, surau dan taman permainan kanak-kanak untuk kegunaan pelancong dan penduduk tempatan. - UTUSAN ONLINE