Pengarah Urusannya, Hashim Mohamad Kalang berkata, pada masa ini pihaknya dengan kerja­sama pengurusan sekolah tersebut masih menyenarai pendek nama-nama pelajar yang layak menerima bantuan tersebut.

“Bantuan akan disalurkan kepada pelajar yang benar-benar memerlukan bagi memastikan mereka tidak menghadapi masalah untuk hadir ke sekolah serta tidak dibelenggu sebarang masalah lain yang boleh menjejaskan prestasi mereka dalam pelajaran.

“Kami tidak menafikan bantuan peralatan sekolah banyak membantu golongan tersebut untuk memulakan persekolahan, namun sumbangan itu hanya bersifat jangka pendek, tetapi para pelajar ber­kenaan memerlukan bantuan jangka panjang dalam bentuk se­perti yang kami hulurkan,” katanya ketika ditemui semasa program We Care We Share di sekolah tersebut, kelmarin.

Pada program berkenaan, pihaknya turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada enam pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan dan anak yatim selain menaja program gun­ting rambut percuma.

Hashim turut meminta Persa­tuan Ibu Bapa dan Guru sekolah tersebut supaya memainkan pe­ranan lebih aktif dalam usaha membantu pelajar kurang berkemam­puan termasuk dengan melibatkan penyertaan pihak swasta atau korparat.

Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan, Zabedah Abdul Hamid berterima kasih kepada STU Asia Sdn. Bhd., yang menghulurkan bantuan kepada pelajar kurang berkemampuan dan berharap para penerima menggunakannya sebaik mungkin.