Pengarah Pendidikan negeri, Jaafar Ismail berkata, pihaknya amat berbesar hati menjadi rakan pintar Majlis Profesor Negara (MPN) Chapter Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam program yang bertujuan meningkatkan minat pelajar dan masyarakat negeri ini kepada STEM.

Beliau berkata, negeri ini yang mempunyai jumlah pelajar bumiputera yang ramai sememangnya mempunyai cabaran besar dalam menguasai sains dan teknologi berbanding ne–geri-negeri Pantai Barat serta jiran terdekat Terengganu.

“Kita agak terlewat mendapat peluang ini tetapi kita yakin guru sangat positif dan mahu membuat perubahan di sekolah mereka.

“Minat kepada aliran sains kurang bukan semata-mata kerana cara guru mengajar dan praktikal amalan sains yang tidak berlaku di sekolah tetapi juga kelemahan pelajar dalam perkara asas seperti tidak memahami bahasa ibunda yang akhirnya merencatkan proses pembelajaran.

“Kita perlu berusaha me­ngatasi dan membuang mental block pelajar yang melihat subjek sains dan matematik sebagai susah,” katanya dalam majlis Pelancaran National STEM Movement Chapter Kelantan dengan kerjasama MPN Chapter UMK dan Jabatan Pendidikan negeri di Kampus Kota, UMK di sini semalam.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching.