Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SPM 2016: GPMP Johor meningkat

SPM di Johor
SEBAHAGIAN calon bergembira mendapat 9A di dalam keputusan mendapat 9A dalam peperiksaan SPM 2016 di Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor Bahru, hari ini. - UTUSAN ONLINE/BAAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU 16 Mac - Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 di negeri ini mencatatkan peningkatan dengan pencapaian 4.94 berbanding 5.06 mata dalam SPM 2015.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Azman Adnan berkata, pencapaian tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak 0.12 mata sekali gus mengatasi Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 5.10 mata.

“Berdasarkan kepada analisis pencapaian keputusan SPM iaitu dari 2012 hingga 2016, GPN negeri Johor dapat mengatasi GPN nasional,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Pendidikan Negeri Johor, di sini sebentar tadi.

Sementara bagi calon yang mendapat keputusan cemerlang pada kali ini, beliau berkata, seramai 1,015 atau 2.23 peratus mendapat gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 1,099 (2.42 peratus) dalam SPM 2015.

Beliau berkata, seramai 52,617 calon SPM 2016 di negeri ini boleh menyemak keputusan melalui sistem pesanan ringkas (mySMS) 15888 bermula pukul 10 pagi ini hingga 6 petang 22 Mac atau melayari www.lp.edu.my. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain