SPAD dalam satu kenyataan berkata, tawaran itu dibuka selepas melancarkan permintaan untuk cadangan (RFP) kepada semua syarikat pembinaan.

“BRT Kuala Lumpur - Klang merupakan laluan paling utama antara 12 koridor BRT yang telah dikenalpasti di bawah kajian kebolehlaksanaan BRT Lembah Klang.

“Projek yang dicadangkan ini merupakan laluan khusus bagi bas sepanjang 1.9 juta penduduk di sekitar Lembah Klang dan dijangka akan dimanfaatkan lebih 400,000 penumpang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut SPAD, tawaran RFP itu dibuka kepada semua pembida yang berdaftar dan mempunyai pengalaman dalam projek-projek transit atau infrastruktur dan pembinaan.

“Skop pelaksanaan termasuk perancangan keseluruhan projek, mereka bentuk, kewangan, membina, mengendali, menyelenggara dan menaik taraf projek BRT Kuala Lumpur Klang.

“Pihak yang berminat adalah disarankan untuk melawat laman sesawang SPAD iaitu www.spad.gov.my bagi mendapatkan maklumat tambahan,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE