Presidennya, Zin Azran Mansor berkata, majlis yang diadakan sempena mesyuarat agung kali ketiga persatuan diharap dapat mengumpulkan semula bekas pelajar yang telah lama terpisah.

“Majlis itu dijangka bermula pada pukul 8 pagi dimulai dengan mesyuarat agung, jamuan perdana, program keagamaan serta pelbagai aktiviti bersama bekas pelajar.

“Terdapat kira-kira 5,000 bekas pelajar sekolah ini dan sebahagian daripadanya telah berjaya dalam pelbagai bidang. Oleh itu, kami berharap bekas pelajar dapat hadir ke majlis tersebut dan memberikan sumbangan bagi membantu pihak sekolah atau rakan-rakan lama yang kurang bernasib baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, SMKATAHAP mula dibuka pada tahun 1984 dan hanya pelajar yang mempunyai keputusan cemerlang berpeluang untuk menyambung pelajaran di sekolah tersebut. - UTUSAN ONLINE