ABDULLAH MAHMOOD

Pengarah SKM Cawangan Wilayah Persekutuan, Datuk Abdullah Mahmood berkata, program itu merupakan kali kedua penganjuran selepas melihat sambutan yang menggalakkan pada bulan lalu.

“SKM bercadang untuk meneruskan program seumpama ini pada setiap penghujung bulan dengan mengambil kira faktor selepas hari keluaran gaji.

“Diharap program ini mampu memberi pulangan pendapatan selain peluang untuk semua anggota koperasi mempamerkan produk jualan masing-masing,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE