Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SK Gelang Mas tidak dapat jalankan aktiviti sukan

ABDULLAH SULAIMAN (tengah) menunjukkan keadaan padang di SK Gelang
ABDULLAH SULAIMAN (tengah) menunjukkan keadaan padang di SK Gelang Mas,Pasir Mas, Kelantan, baru-baru ini. UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH

PASIR MAS 2 Mac – Permukaan padang yang tidak ditumbuhi rumput dan tanah kering serta berdebu menyebabkan aktiviti sukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gelang Mas tidak dapat dijalankan.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Ge­lang Mas, Abdullah Sulaiman berkata, masalah tersebut berpunca daripada kerja-kerja menaik taraf kawasan padang berkenaan yang dilakukan sejak tahun 2005 lalu.

Menurutnya, padang tersebut asalnya rendah dan ditambak supaya menjadi lebih tinggi bagi mengelakkan ia tenggelam setiap kali hujan lebat sekaligus menganggu aktiviti sukan dalam kalangan murid-murid.

“Saya difahamkan, tanah yang digunakan untuk menambak padang berkenaan tidak sesuai dan berasid menyebabkan rumput sukar untuk tumbuh dengan baik,” katanya kepada pemberita di sini baru-baru in.

Abdullah memberitahu, masalah tersebut terus berulang biarpun tanah asal dibawa ke­luar dan digantikan dengan yang baharu pada tahun 2009 lalu.

Katanya, situasi tersebut kembali berulang menyebabkan seluruh warga SK Gelang Mas bingung dengan perkara tersebut.

“Pihak PIBG sudah merujuk masalah ini kepada pihak atasan, namun tiada sebarang jawapan yang diberikan.

“Padang ini amat penting kepada pihak sekolah untuk me­nganjurkan aktiviti sukan dan riadah dalam kalangan murid-murid yang merupakan salah satu sukatan ko-kurikulum,” katanya.

Abdullah berkata, dia merayu pihak berkenaan supaya memberikan perhatian kepada isu ini.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain