Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SK Bukit Mentok II bertukar nama

Sekolah
Rohani (tengah) bersama para pegawai pendidikan dalam majlis perasmian Penjenamaan Semula SEBARU di Kemaman hari ini.-UTUSAN

KEMAMAN 20 Ogos – Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok II (SKBMD) di sini kini dinamakan sebagai Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baharu (SEBARU) bagi mengelak kekeliruan di kalangan orang ramai yang berurusan.

SEBARU

Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok II kini dinamakan Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu (SEBARU)

Guru Besar SEBARU, Mohd Asri Abdul Rashid berkata, penggunaan nama baharu itu telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan melalui surat bertarikh 13 Julai lalu.
 
"Selama ini, orang ramai orang ramai terutama ibu bapa pelajar keliru dengan sekolah sebenar yang ingin ditempatkan anak mereka apabila mendaftar persekolahan kerana terdapat satu lagi sekolah berdekatan iaitu SK Bukit Mentok.

SKBMD dibuka secara rasmi pada 15 Julai 2001 dengan kapasiti pelajar seramai 93 orang dan guru seramai 12 orang termasuk guru besar pertama Sabri Abidin Sulong.
 
Mohd Asri berkata, soal pejenamaan semula nama  dengan identiti lebih jelas telah ditimbulkan sejak  2010 disebabkan beberapa isu berbangkit seperti perbekalan perkhidmatan dari pembekal, pertukaran murid, pertukaran guru, pengurusan ibu bapa dan komuniti setempat.
 
"Satu keputusan mesyuarat agong PIBG pada 23 Februari lalu telah mencadangkan nama baharu dan diangkat kepada kementerian.
Alhamdulillah permohonan diluluskan oleh KPM," katanya.

 Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Penjenamaan Semula SEBARU yang disempurnakan oleh
Pegawai Khas Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Rohani Abdullah.

Yang turut hadhir, Pegawai Pendidikan Daerah, Idris Bidin; Penolong Pegawai Pendidikan Daerah; Abdul Rahman Kadir; Pengetua SMK Bukit Mentok, Mustaffa Abdul Ghani dan Yang Dipertua Majlis Guru Besar Kemaman, Ahmad Kamal Ismail.-UTUSAN ONLINE.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain