Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sirih Pulang Ke Gagang temukan bekas murid SK Chat

Sebahagian daripada bekas murid yang belajar pada 1966-1971 menghadiri
Sebahagian daripada bekas murid yang belajar pada 1966-1971 menghadiri alumni program Sirih Pulang Ke Gagang, di SK Chat, Lipis, Pahang, semalam.

LIPIS 21 Feb. – Program 'Sirih Pulang Ke Gagang' menemukan semula 50 bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Chat dekat sini selepas lebih 40 tahun mereka meninggalkan alam persekolahan rendah.

Pengerusi Alumni SK Chat, Datuk Mohd. Baharin Harun berkata, majlis pertemuan semula itu yang diadakan di sekolah tersebut kelmarin dapat mengeratkan kembali hubungan bekas murid yang menimba ilmu di situ sekitar tahun 60-an hingga 70-an.

“Pertemuan pertama ini mengimbau nostalgia di sekolah ini apabila ahli alumni yang hadir dapat beramah mesra sehingga ada yang menitiskan air mata ketika berjumpa sahabat lama.

“Kami mengundang bekas murid sekolah ini dari seluruh negara menerusi laman sosial Facebook dan aplikasi Instagram serta WhatsApp selain menyampaikan pe­sanan menerusi rakan,” katanya ketika ditemui selepas majlis berke­naan.

Yang hadir sama menyerikan proram itu ialah Pegawai Pendidikan Daerah, Nor Ahmad Abdul Rahim dan Guru Besar SK Chat, Asma Mohd. Yassin.

Menurut Mohd. Baharin, terdapat ahli alumni yang berasa sebak melihat gambar lama mereka ketika belajar dalam usia kanak-kanak yang dipamerkan di galeri sekolah berkenaan.

“Diharapkan selepas ini alumni dapat menyumbangkan bakti kepada sekolah ini menerusi bidang kepakaran masing-masing untuk membantu kecemerlangan murid dalam bidang akademik, kokurikulum serta bina insan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain