Karnival tersebut bakal dimulai dengan acara larian sejauh lima dan 10 kilometer pada pukul 6.30 pagi.

Naib Pengerusi program, Nur Emilia Huda Mohd. Yunos berkata, karnival yang julung kali diadakan itu bertujuan mengisi dana kelab pancaragam bagi membeli peralatan muzik sebagai persedia­an untuk menyertai World Association of Marching Show Band 2018 di Touyua City, Taiwan.

“Ini merupakan julung kali kelab menganjurkan karnival dan saya berharap orang ramai akan menyer­tai beberapa aktiviti yang diadakan nanti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Dalam perkembangan ber­kait­an, beliau memberitahu, acara larian yang dinamakan Colour Run itu terbuka kepada semua peringkat umur.

Jelasnya, bagi kategori lima kilo­meter, golongan pelajar dikenakan bayaran RM30 manakala orang ramai RM35 dan berkumpulan sebanyak lima peserta, RM170.

“Bagi kategori 10 kilometer, bayaran bagi pelajar ialah RM50, orang ramai RM60 dan berkumpulan lima orang RM270.

“Setiap peserta akan menerima baju T, medal dan beg galas,” ujarnya.

Selain itu, jelasnya, terdapat 12 acara lain turut diadakan seper­ti pertandingan futsal lelaki dan wanita, pakaian beragam kanak-kanak, pertandingan nyanyian solo dan berkumpulan, pertunjukan fesyen, pertandingan mewarna dan melukis serta kempen derma darah.

Bagi yang berminat menyertai pelbagai acara yang dianjurkan boleh menghubungi talian 017-8321326 atau 011-0017828.