-

Bertemakan ‘Let’s Be Victorius’, edisi kali ke-16 acara tersebut bakal menyemarakkan lagi demam Sukan SEA 2017 tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd, Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan, perlumbaan itu akan bermula di kawasan tempat letak kereta dan peserta perlu berlari mendaki bukit sejauh 800 meter sehingga ke lobi seterusnya menaiki 2,058 anak tangga sehingga ke Dewan Bankuet Megaview yang terletak 288 meter dari aras bumi.

“Sejak penganjuran kali pertama pada tahun 1998, rekod terbaik yang dicatatkan peserta lelaki Malaysia adalah 11 minit 56 saat, manakala peserta wanita negara mencatatkan masa terbaik 14 minit 51 saat. Kami berharap peserta tempatan kali ini lebih kompetitif memecahkan rekod sebelum ini.

“Di samping itu, kami memperkenalkan satu lagi kategori baharu iaitu Kategori Selebriti kepada penggiat seni tempatan yang meminati sukan lasak untuk mendaki 2,058 anak tangga Menara Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Individu yang berminat menyertai acara tersebut boleh menghubungi talian 03-20205448 atau melayari laman web di www.menarakl.com.my untuk maklumat lanjut. - UTUSAN ONLINE