Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sengsara 13 hari hidu bau busuk sampah tidak dikutip

LONGOKKAN sampah yang sudah terbiar 13 hari melimpah keluar daripada 3
LONGOKKAN sampah yang sudah terbiar 13 hari melimpah keluar daripada pintu saluran buang sampah menyebarkan bau busuk segenap PPR Seri Kota, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE/ AZLAN HADI ABU BAKAR

KUALA LUMPUR 13 Mac - Bau menyengat sampah sangat terasa sebaik memasuki kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Kota, Bandar Tun Razak di sini gara-gara sampah tidak dikutip pihak kontraktor sejak dua minggu lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia ke perumahan kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas aduan penduduk itu mendapati, kesemua pintu saluran sampah di tingkat bawah setiap blok dicemari limpahan sampah .

Difahamkan, bau busuk timbunan sampai hampir segenap perumahan strata itu berlaku susulan pembaharuan tender kontraktor baharu awal bulan ini yang masih tidak melaksanakan kerja-kerja kutipan mengikut jadual.

Salah seorang penduduk, Siti Mohaihni Nordin, 64, berkata, pintu saluran buang sampah rumahnya tidak boleh dibuka ekoran timbunan sampah yang dibuang penduduk tingkat atas telah menghalang saluran di unitnya di tingkat satu itu.

Katanya, agak malang apabila situasi begini terjadi kepada semua penduduk di tingkat bawah yang terpaksa berdepan bau busuk di dalam rumah akibat saluran pembuangan sampah yang tersekat.

“Sudah masuk dua minggu, tetapi tiada kerja-kerja kutipan dilaksanakan kontraktor lantikan baharu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff setelah diaju isu tersebut terkejut dan berjanji akan menyelesaikan masalah itu dengan segera.

“Isu tersebut akan diselesaikan secepat mungkin dan pihak penyelia telah ditugaskan untuk menjalankan kerja-kerja kutipan dan pembersihan selain dijangka selesai malam ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain