Menurut Sekretariat Bencana negeri, pusat pemindahan banjir yang terakhir ditutup ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Tiga, Parit pada pukul 2.30 petang ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pihaknya bagaimanapun akan memantau dengan lebih dekat sebarang perkembangan terkini berhubung kejadian banjir di negeri ini.

Menurutnya, pada masa sama kerajaan negeri  amat bersimpati dengan banjir yang berlaku di Pulau Pinang.

"Oleh itu saya telah meminta Lembaga Air Perak (LAP) untuk berhubung dengan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang bagi sebarang urusan bantuan sekiranya diperlukan.

"Kita tidak mahu melihat dari sudut politik kerana ini adalah masalah bencana, justeru menjadi tanggungjawab negeri yang bersempadan untuk menghulurkan bantuan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE