Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, bagaimanapun peekembangan itu belum mencapai tahap perlu dicatu.

“Kesemua empangan di Johor mengalami penyusutan tahap air, namun belum mencapai tahap yang memerlukan catuan air dibuat.

“Buat masa ini kerajaan memberi tumpuan kepada empat empangan utama iaitu di Sungai Lebam, Sungai Layang, Lok Heng dan Sembrong Barat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE