Bagi memberi bimbingan kepada orang ramai terutama di negeri ini,  sebuah syarikat guaman tempatan dengan tajaan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC)  akan menganjurkan Seminar  Cakna Hartanah Terengganu 2018, di sini Sabtu ini.

Jurucakap penganjur,  Fariz Irwan Mustafa berkata, usaha itu diharap  bertujuan dapat mendidik kalangan  usahawan dan orang ramai supaya celik undang-undang yang berkaitan dengan urusan hartanah mereka agar tidak mudah terperangkap dengan permasalahan termasuk penipuan.

"Saya melihat kelompangan  dalam konteks pemahaman rakyat tentang hartanah yang tidak cenderung untuk menimba pengetahuan dalam urusan ini,"ujarnya di sini baru-baru ini tentang seminar sehari  yang akan berlangsung di Dewan Konvensyen Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), di sini.

Katanya, program tersebut tidak bermotifkan keuntungan tetapi lebih kepada mendidik orang ramai termasuk para usahawan bagi mengetahui hak dan undang-undang berkaitan urusan pembelian serta pelaburan dengan cara yang betul dalam sektor hartanah.-UTUSAN ONLINE