Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd. Karli, ia selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumunkan kerja-kerja pembinaan bangunan baharu sekolah berkenaan perlu dipercepatkan ketika berucap dalam majlis Iftar Perdana Menteri Bersama Rakyat Selangor Daerah Kuala Langat pada Jun lalu.

Menurut Sulaiman, ruang kelas baharu itu merupakan satu keperluan pen­ting kepada rakyat setempat selari dengan perkembangan projek-projek perumahan baharu sekali gus menyaksikan pertambahan jumlah penduduk.

“Lebih 40 projek perumahan bakal dibangunkan di kawasan Kampung Kebun Baharu. Apabila penduduk bertambah, sudah pastinya bilangan murid juga akan bertambah.

“Di kawasan ini hanya ada satu sekolah iaitu SK Kebun Baharu. Setakat ini, terdapat 1,932 murid bersekolah di sekolah itu dari tahun 1 hingga tahun enam melibatkan dua sesi pembelajaran,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan tapak pembinaan bangunan baharu SK Kebun Baharu bersama guru besar sekolah , Kamalul’ Azam Mohamad dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Bahari Suruthuman.

Perdana Menteri ketika berucap di Masjid Nurul Iman, Kampung Batu 10 berkata, pembinaan sekolah baharu dan blok tambahan bagi SK Kebun Baharu amat diperlukan bagi memastikan ke­selesaan murid dan guru-guru.

Tambah Sulaiman, sekolah berkenaan yang dibuka pada 1951, dikongsi oleh hampir 2,000 murid dari Kampung Batu 9 dan Kampung Batu 10 di sini. Bagaimanapun kemudahan kelas didapati tidak mencukupi di-sebabkan pertambahan pendaftaran murid setiap tahun dalam jumlah sekitar 450 orang.

Katanya, pembinaan bangunan baharu sekolah itu membabitkan anggaran kos RM12 juta merangkumi 12 buah kelas.