Ketua Bahagian Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, program yang bermula pukul 9 malam itu turut membariskan ahli ahli panel yang akan mengupas isu-isu semasa yang membabitkan umat Islam ketika ini. 

“Ahli-ahli panel dijemput dalam forum itu ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Badli Shah Alaudin dan Juara Program Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan. 

“Pada masa sama, forum itu nanti akan turut memperdengarkan bacaan ayat al-Quran yang akan diperdengarkan oleh Muawwidz Al-Ansori Dzulkefly,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. 

Tambah Shahrin, selain memberikan ilmu bermanfaat, forum itu turut menjadi medan mengeratkan lagi silaturahim kalangan warga bandar raya itu. - UTUSAN ONLINE